A beautiful piece by Ain (In Bahasa Malaysia)



Bukan pintaku,

Silapkah aku dilahirkan di atas bumi Tuhan ini...salahkah aku dilahirkan atas nama “WANITA” begitu mudah aku diperlekehkan dan dipermainkan. Namun aku cepat menyedari segala-galanya hanyalah dusta permainan darinya seorang makhluk Tuhan yang hidupnya hanya untuk mempermainkan hati wanita-wanita.


Kehidupanku bermula baik..sangat baik...
Sebelum mengenalinya aku seorang anak yang patuh, hamba yang taat dan juga seorang sahabat

yang baik. Namun tatkala hadirnya insan bernama lelaki di dalam hidupkku. Satu persatu perubahan

berlaku pada diriku, aku menjauhi Tuhan, aku mengingkari kedua orang tuaku,aku menipu

sahabatku semata-mata hanya kerana ingin bersamanya.

Namun, langit tidak selalu cerah....dia yang ku kenali...


Lelaki itu...sudahpun memiliki keluarga sendiri...lebih menyedihkan apabila aku terhidu

perhubungan mesranya dengan sahabat baikku sendiri. Ternyata mereka lebih hebat bersandiwara

di hadapan ku. Aku minta dilepaskan. Walau pada mulanya dia tidak sanggup melepaskanku atas

dasar cinta.Namun,hatiku ku keraskan jua. AKU BENCI DIA. Bukan hanya kerana memainkan dan

memperlekehkan kasih sayangku tetapi hati dua lagi wanita, isterinya serta sahabat baikku.



Aku nekad...



Tinggalkan dia dan pergi jauh-jauh. Dia masih merayu kasih dan cinta dariku,hahaha...sedarkah

engkau aku sudah terlalu masak dengan permainan dan kata-kata “gula” dari mulut buaya kau. Aku

tidak mungkin sesekali cair ke pangkuannya kembali.hatiku telah kutetapkan. NO MORE. Si dia masih

tidak berputus asa,”I LOVE YOU”, mungkin dulu aku akan cair setiap kali kata-kata itu diluahkan,

namun kini, kata-kata itu kedengaran begitu jijik. Aku tetap dengan pendirianku. Kerana dia aku

kehilangan sahabat baikku.




Hikmah...




Aku menanti setiap hari berdoa setiap saat dan ketika moga Tuhan berikan aku jodoh yang baik.

Pesan orang tuaku perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, aku pegang kata-kata mereka,setiap

hari aku berusaha menjadi lebih baik dari sebelumnya. Aku menyedari setelah mendekatkan diri

kepadaNya hidupku lebih tenang dan aman.




Survivor...




Aku masih boleh bernafas lega dan aman walaupun tanpa lelaki di sampingku. Bukan serik,

tetapi bagiku,mencari yang terbaik mengambil masa yang panjang, aku tidak mahu kesilapan

lamaku bverulang kembali. Aku lebih rapat dengan ahli keluarga dan rakan-rakanku. Aku kini

mampu tersenyum tatkala teringat kembali kisah lamaku.begitu bodoh diriku membenarkan si dia

memperkotak-katikkan kesetiaan dan kepercayaanku.

To the women,
Don’t let these kind of people ruin our life. Be strong. 
Don’t ever regret of losing someone that we love because GOD is preparing someone that is
worth for our future. Stand up and live your life perfectly. Don’t let others take control of
our precious life. We live only once so enjoy life with something worth it. 
WE ARE NOT WEAK!



This beautiful piece of article is written by: Ain



Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment